Tuesday, March 01, 2016

Restoran Sujebi, Insadong

Assalamualaikum, annyeonghaseyo. 

Trip dah habis lebih sebulan. Rajin belum datang. Tapi oleh kerana restoran ni best, harus dikongsi bersama. Untuk lebih info pasal restoran ni, korang boleh refer kat blog Azra atau DJ ye.

2 kali kitorang pergi makan kat sini sepanjang winter trip kitorang haritu. Lokasinya kat Insadong area. Kalau korang turun dari Anguk station, terus ke Insadong road dan korang akan jumpa bangunan Ssamziegil disebelah kiri korang. Jalan terus lagi dan masuk ke simpang lorong Insadong 10-gil disebelah kiri. Kat simpang tu ada farmasi untuk korang buat reference tau. 

Lepas tu jalan terus sampai korang jumpa satu lorong kecil disebelah kanan right before bangunan warna coklat macam kayu kayu. Masuk lorong tu macam dalam gambar kat bawah ni. Sorry la masa dah kenyang, amik gambar punya asal boleh je.


Jalan 100 meter macam tu ada lorong ke kiri sampai jumpa signboard macam kat bawah ni


Masuk kiri dan tadaaa!


Ni la kedainya. Masuk masuk je semua orang dalam tu pandang kitorang dan terdengar la ada ahjuma cakap sesama dorang dan terdengar la perkataan Malaysia. Agaknya nampak bertudung je Malaysia la kot.


Oleh kerana diorang dah boleh agak kami ni orang Malaysia, terus dapat menu extra special. Siap ada bahasa melayu ko. Sapala yang baik hati ni. Terima kasih banyak banyak. Anyway komunikasi agak terhad disini. Cakap apa yang penting saja. Order pun tunjuk kat menu, pastu tunjuk jari. Cubaan ahjuma borak dengan tuan tanah gagal kerana tuan tanah tak paham sepatah haram hehehe.

Kat sini korang boleh pilih nak duduk bersila atau duduk dimeja biasa. Kami diberi meja biasa yang betul betul tepi heater. Baik punya service ahjuma bagi. Oleh kerana portion makanan agak besar, kami order 1 sujebi & 1 pajeon. 


Dedua menu yang kami order ni memang licin kami makan. Sedap gila! Sejuk sejuk dari luar, masuk dapat makan sup panas panas. Memang layan.


Paling best sekali bila korang makan makanan dengan kimchi ni. Percayalah. Memang rasa kimchi dia lain dari kimchi kimchi yang lain. Rasa ikhlas dan tak rasa fermented sangat. Sampai kali kedua kami datang tu rasa nak tanya boleh beli tak kimchi ni. Tapi macam payah je nak tanya.

Kali kedua datang tuan tanah dah tak guna bahasa tubuh. Dah boleh cakap sujebi hana, pajeon hana. Terus rasa dah boleh pindah Korea. eh?

11 comments:

  1. Replies
    1. DJ!!! memang sedap gila wei. Kalau ko tau mana mana kat area malaysia ni ada jual ni, jgn lupa buat review. aku nak terjah juga

      Delete
  2. kimchi kat kedai sujebi ni bagi aku yg tersedap penah aku rasa kat sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul azra. aku setuju sgt2. mmg paling sedap antara bnyk2 kimchi yang pernah aku makan

      Delete
  3. Wah Kak Jem JJCM jugak... kena join DJ ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. uishhh DJ dah senior. Takleh challenge dah

      Delete
  4. Tumpang tanyaaaaa , kat sini akan dapat nasi free or kene tambah duit ?

    ReplyDelete